Karangan SPM - Keluarga Bahagia


Soalan :

Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Keluarga Bahagia

Dalam institusi kekeluargaan, ibu bapa merupakan tunjang utama ke arah pembentukan keluarga bahagia.

Bincangkan peranan mereka dalam melahirkan keluarga yang bahagia.

 

Isi :

  1. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak
  2. Ibu bapa memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak
  3. Ibu bapa meluangkan masa bersama keluarga
  4. Ibu bapa menjaga kebajikan keluarga


Karangan :

 

Sedamai taman firdausi

Limpahan kasih sayang sejati

Seharum semerbak kasturi

Mengharum hidup insani

 

Indahnya damainya

Keluarga yang bahagia

Itulah idaman impian setiap insan

Yang dahagakan belaian

Serta kasih dan sayang


     Aforisme ini merupakan cuplikan daripada baris-baris lirik lagu Keluarga Bahagia yang dinyanyikan oleh kumpulan Saujana. Perkataan demi perkataan disusun, ayat demi ayat dibina, rangkap demi rangkap dihiasi dengan pelbagai kata-kata indah yang menyentuh sanubari. Sungguh tidak ada lima, empat, tiga mahupun dua alasan lagu ini dicipta melainkan hanya satu iaitu untuk memaparkan kita betapa signifikannya keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga merupakan institusi yang amat vital dalam kehidupan sesebuah masyarakat. ‘Baiti Jannati’ atau erti kata lain ialah ‘Rumahku Syurgaku' merupakan pepatah Arab yang sudah tidak asing lagi dalam kehidupan seharian. Bukan senang mahu senang, bukan susah mahu susah. Ayat inilah yang perlu kita terapkan dalam sesebuah institusi kulawarga bagi mendapatkan keluarga yang sakinah, mawardah dan mukarramah. “Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri. Buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi.” Begitu mendalam kata-kata Allahyarham seniman agung tanah air iaitu Tan Sri P.Ramlee. Bertitik tolak daripada itu, akan kita telusuri dan kupas satu demi satu modus operandi ibu bapa dalam melahirkan keluarga yang bahagia.



     Lensa perbincangan kita akan dimulakan dengan kata kunci kelas pertama berdasarkan mauduk iaitu peranan ibu bapa yang dominan dan tidak asing lagi ialah ibu bapa mestilah menjadi uswah kepada anak-anak. Teladan yang baik perlulah ditonjolkan oleh ibu bapa sewaktu berhadapan dengan anak-anak. Terdapat segelintir ibu bapa yang sekadar menyuruh anaknya berkelakuan amsal ningrat sedangkan mereka pula berkelakuan tamsil ifrit. Hal ini tidak ubah seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Ibu bapa kian lupa kerana mereka masih lagi tidur dalam celik dengan kemewahan darulfana bahawa bagaimana rupa begitulah bayangnya. Jika contoh nirmalalah diperlihatkan kepada anak-anak maka contoh itulah yang akan diikuti oleh mereka yang masih lagi mentah dalam soal hidup. Namun lain jadinya apabila ibu bapa bersikap evasif dalam mendidik anak-anak. Kebanyakan ibu bapa hanya beranggapan bahawa alma meter merupakan tempat pembelajaran bagi anak-anak dan gurulah merupakan insan yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk sahsiah diri anak-anak. Kasus ini perlu dielakkan daripada terus membawa padah hingga ke barah kepada keluarga kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Eksplisit, ketidakacuhan perlu diketepikan bagi memberi laluan kepada inti pati untuk membina bahtera pelayaran yang bahagia.



     Lensa perbincangan kita diperluaskan lagi dengan kata kunci kelas pertama iaitu memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak. Tidak berguna rumah tanpa tiang, tidak berguna hidup tanpa agama. Akademiskus agama akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Sabar itu sebahagian daripada iman merupakan ajaran agama yang seringkali kita tanamkan dalam atma kita agar sentiasa menjadi orang yang bersabar. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada memutuskan benang tenunan suami isteri disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah. Senario ini dikukuhkan dengan bukti yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dengan mengatakan bahawa setiap 15 minit akan ada 1 pasangan suami isteri yang bercerai. Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral kepada anak-anak. Sebagai analogi yang boleh saya ketengahkan ialah hormat-menghormati orang yang lebih berusia berbanding kita. Kasus ini amatlah signifikan kerana di zaman yang serba sofistikated ke arah memodenisasi ini, nilai murni kian luntur dalam diri. Lanjutan itu, anak-anak mula tidak menghormati orang tua mahupun ibu bapa mereka sedangkan mereka masih lagi berusia setahun jagung, darah pula setampuk pinang. Kendatipun begitu, tidak ada orang lain yang perlu disalahkan melainkan ibu bapa itu sendiri yang merupakan tunjang keluarga kerana bukankah baiknya melentur buluh dari rebungnya?



     Mengimbau dari perspektif yang berbeza, kita akan dapati bahawa peranan ibu bapa lainnya adalah memperuntukkan masa bersama ahli keluarga. Perkara ini amatlah signifikan tetapi masih lagi dipandang enteng bagi mereka yang berfikiran dangkal kerana hanya menganggap kerja merupakan iktisas dalam kehidupan yang serba serbi sofistikated ini. Ya! Tidak salah jika kita bekerja untuk dapatkan wang bagi menyara seluruh isi rumah tetapi tidaklah sehingga 24 jam. Hanya dengan wang kita boleh membeli jam tetapi bukan masa, hanya dengan wang kita boleh membeli segala keperluan tetapi bukan kebahagian. Jika diberi dua pilihan antara hidup dengan kemewahan tetapi berseorangan dan antonimnya hidup dengan kemiskinan tetapi berkeluarga, yang manakah menjadi pilihan hati? Tepuk dada tanya selera. Dimanakah terletaknya kebahagiaan rumah tangga? Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kita lebih mementingkan inderaloka buana yang bersifat darulfana sedangkan deklarasi itu konotasi menyatakan kepada kita bahawa setiap langkah yang diatur adalah salah rentaknya. Rentetan itu, ubahlah sikap kita yang tamakkan harta sehingga berlaku pengabaian rumah tangga. Jangan pula disebabkan kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi. Luangkanlah masa bersama keluarga walaupun menghadapi pelbagai kekangan dan rintangan. Sesungguhnya sudah tidak ada lagi istilah privasi kerana kita hidup berkeluarga bukannya bersendiri bagaikan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.



     Padau perbincangan kita diperlebarkan untuk meninjau peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga yang bahagia sebelum dilabuhkan tirai ialah menyediakan keperluan harian dan pembelajaran anak-anak. Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam menjaga kebajikan anak-anak. Kebajikan di sini merangkumi segala aspek amsal mendidik, membimbing dan memelihara, mengurus makanan dan minuman, pakaian, kebersihan, atau pada segala perkara yang seharusnya diperlukan, sampai batas sehingga ahli keluarga telah mampu melaksanakan keperluannya yang vital. Ibu sering dirujuk sebagai faktor penting dalam pendidikan. Bapa tidak kurang pentingnya dalam membentuk anak melalui kepemimpinan. Menjadi suami isteri adalah mudah. Perkahwinan boleh memberikan gelaran suami isteri tetapi, menjadi seorang ibu bapa adalah peranan yang susah. Watak bapa tidak sama dengan watak ibu manakala watak ibu juga tidak sama dengan watak bapa tetapi Allah menjadikan mereka berpasang-pasangan untuk melakukan peranan saling melengkapi. Jika kita terjah sedikit tentang pendidikan, pendidikan haruslah merangkumi aspek berkaitan dengan duniawi dan ukhrawi yang perlu diseimbangkan tanpa berkelakuan berat sebelah. Pendidikan sewaktu usia kecil adalah amat signifikan kerana sewaktu kecil ibu bapalah yang menjadi tunjang dalam membentuk anak-anak yang diibaratkan sebagai kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika baik maka baiklah akhlaknya dan jika buruk maka buruk lah jadinya. Takkanlah delima yang ditanam, peria pahit pula yang tumbuh.



     Jika berkayuh sudah sampai ke pulau, jika mendaki sudah sampai ke puncak, kita juga telah sampai kepada penghujung bicara. Heterogen inti pati telah kita redah dan lihat segala solusi yang menerawang diminda dengan fikiran terbuka pastinya membuka mata orang yang berumah tangga. Sudah terang lagikan bersuluh, rekayasa relevan bagi kita mendalami segala inti pati untuk kita semaikan dalam keluarga. Jasad sudah merdeka fikiran masih dijajah. Fikirlah sebelum terlambat takut terhantuk baru tengadah. Mungkin mudah berkeluarga tetapi susah untuk bahagia. Jangan jadikan diri kita mudah bersikap tamsil apologestik. Jadikan hari-hari kita bersama keluarga sebagai lakaran senyuman pada lukisan wajah. Akhirulkalam sayangilah keluarga sementara ada.

Comments

Popular posts from this blog